Saturday, November 13, 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT

TAKRIF SELAWAT

Selawat ialah bahasa Arab yang ertinya "doa",rahmat dari tuhan,memberi berkat dan ibadat". Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah,maka maksudnya bahawa hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya). Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya,maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmatNya-Allah melimpahkan berkatNya. Pengertian "Berselawat atas nabi s.a.w ialah "Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan nya" Pengertian selawat malaikat kepada Nabi s.a.w adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianya kepada Nabi (kepada perkembangan agama). 
Kesimpulannya :
Kalau selawat dari Allah - Allah memberi rahmat:
Kalau selawat dari malaikat - meminta keampunan 
kalau selawat orang mukmin - berdoa supaya diberi rahmat sepertri perkataan " Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad s.a.w"

DALIL AL QURAN DAN HADIS NABI
Surah Al-Ahzab ayat :56 maksudnya
" sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya bersalawat untuk nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

Hadis hadis nabi s.a.w maksudnya : 
"Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)

"Setiap doa adalah terlarang,sehingga berselawatatas nabi s.a.w"(diriwayatkan ad dailami)

 " Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat)dengan aku pada hari kiamat ada lah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (diriwatkan an -Nasai dan ibnu Hibban)

FAEDAH - FAEDAH BERSELAWAT
1 Dapat memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
2 Dapat memperolehi kebajikan mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
3 Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman,jika kita membacanay 100 kali
4 Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan kedalam  golongan orang orang yg solih.
5 Mendekatkan diri pada Allah
6 Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan budak
7 Dapat memperolehi syafaat
8 Memperolehi penyertaan dari malaikatur Rahman
9 Memperolehi hubungan  yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi) 
10 Membuka kesempatan berbicara dgn nabi 
11 Menghilangkan kesusahan,kegundahan dan melapangkan rezki
12 Melapangkan dada
13 Menghapuskan dosa
14 Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah 
15 Melipat gandakan pahala  yg diperolehi
16 Mendekatkan kedudukan kepada rasulullah s.a.w di hari kiamat
17 Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
18 Menjadi kan sebab sebab doa kita dapat diterima oleh Allah
19 Memenuhi satu hak nabi.
20 Di Padang masyar sebagai seorang yang mencintai Nabi
21 Di kabul segala hajat keperluannya.

JENIS JENIS SELAWAT DAN FADILATNYA.
     
Terdapat bermacam macam jenis selawat nabi (lebih 70 jenis) tercatat dalam kitab kitab yang diamalkan oleh orang orang mukmin ,   ada yang diberi nama khas seperti diantara nya
1 Selawat Kamaliyat
2 Selawat  Badawiyah
4 Selawat Wasilah
6 Selawat Sa'adah(kebahagiaan)
7 Selawat Ulul 'Azmi
8 Selawat Ibrahimiyah
9 Selawat Al -Faatih
10 Selawat Mukafaah
11 Selawat Kubra
13 Selawa Azamiyyah (kitab aurat Ahmadiah Al Idrisiah
14 Selawat Penerang Hati
15 Selawat Pelindung Diri
16 Selawat Tafrijiyyah
terjemahan nya:

Ya Allah,anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ,yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul,terlepas daripada segala kesusahan,juga ditunaikan segala hajat,dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik,dan dicurahkan rahmat,hasil keberkatan wajahnya,yang mulia,kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna engkau anugerahkan juga ya Allah,ke atas keluarga dan sahabatnya, dengan kiraan setiap kerdipan mata,juga hembusan dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.

 Cara Amalan:
Menurut iman Qurtuby berkata: Barang siapa membacanya secara rutin setiap hari sebanyak 41 kali atau 100 kali atau lebih,maka Allah akan melenyapkan kecemasan dan kesusahan,meghilangkan kesulitan dan penyakitnya,memudahkan urusan,menerangi hatinya,meninggikan kedudukanya,memperbaiki keadaannya,meluaskan rezkinya,dan membukakan baginya segala pintu kebaikan dan lain lain..


Rujukan :

1 "Kitab 70 shalawat pilihan" (pengarang Al Ustadz Mahmud Samiy)
2 Buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit"-Tuan Guru Dato Dr Haron Din
3 Kitab " Hajat untuk rawatan,pelindung, dan doa - Ust Muhd Abd Ghani.